Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Sediakan Pelan Pengurusan Geopark Lembah Kinta

IPOH- Kerajaan negeri akan menyediakan Pelan Pengurusan Geopark Lembah Kinta bagi menggerakkan program dan aktiviti komuniti setempat bagi Daerah Kampar dan Daerah Kecil Batu Gajah.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, kerajaan negeri akan menjalankan kajian penilaian di sekitar kawasan Geopark Lembah Kinta terlebih dahulu sebelum program dijalankan.

“Bagi mentakrif semula semua aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan, kajian penilaian malah pengenalpastian dan perincian tentang komuniti setempat akan dilakukan terlebih dahulu.

“Bukan itu sahaja, kepentingan geologi, arkeologi dan biodiversiti di dalam kawasan tersebut juga bakal dikenalpasti,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Barisan Nasional- Tualang Sekah) dalam Sidang Dewan Undangan Negerin (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Kar Hing, pihak PBT, agensi dan jabatan kerajaan serta komuniti akan ditemubual bagi mendapatkan pandangan serta kesesuaian program sebelum pelaksanaan aktiviti di kawasan komuniti setempat.

“Kerajaan negeri akan merangka aktiviti komprehensif yang bersesuaian bagi komuniti setempat yang berada di dalam kawasan Geopark Lembah Kinta.

“Bukan itu sahaja, pengumpulan data-data yang menyeluruh ini turut membantu menjana ekonomi komuniti setempat serta memberi faedah yang maksima kepada komuniti sejagat malah tidak merugikan mereka,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");