Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Beri Insentif SUKMA & Para Sukma Sama Rata

IPOH:Kerajaan Negeri memberikan jumlah sumbangan insentif yang sama untuk atlet Para SUKMA dengan sistem insentif Sukan Malaysia (SUKMA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, kumpulan sokongan SUKMA dan Para SUKMA akan diberikan sijil penghargaan bersama dengan insentif khas.

Katanya para penaja SUKMA memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan, yang berjumlah RM 720 ribu dan RM 12.3 juta lantas menjadi penganjuran Sukma terbaik pernah dianjurkan.

Manakala insentif berjumlah RM 800 ribu diperuntukan kepada wira-wira negeri yang beraksi cemerlang pada temasya SUKMA.

“Sebanyak RM5,000 kepada pemenang pingat emas acara individu, RM3,000 kepada pemenang pingat perak (individu),RM1,000 kepada pemenang pingat gangsa (individu).

“Bagi acara berpasukan ialah RM2,500 kepada setiap seorang bagi pemenang pingat emas,RM1,500 kepada setiap seorang bagi pemenang pingat perak dan RM500 kepada setiap seorang bagi pemenang pingat gangsa,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan kelima Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang keempat belas hari ini.

Katanya lagi, bagi atlet yang berjaya memecah rekod Sukma mereka menerima insetif sebanyak RM1,000 dan RM500 bagi acara berpasukan.

Jelas Howard lagi, Majlis Sukan Negeri Perak akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan Sukan Perak (SUPER) bagi mencari bakat-bakat baru khususnya di peringkat akar umbi untuk mewakili negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");