Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Kaji Cadangan Bina Pusat Penyelidikan Marin Di Pulau Sembilan

IPOH: Kerajaan Perak sedang mengkaji untuk membangunkan sebuah pusat penyelidikan hidupan marin di Pulau Sembilan yang terletak di daerah Bagan Datuk.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tan Kar Hing berkata cadangan tersebut diusulkan kerana Pulan Sembilan mempunyai kehidupan dan ekosistem yang bernilai tinggi.

Ujarnya, pulau tersebut mempunyai kepadatan spesies yang berbeza antaranya kuda laut, fitoplankton, penyu, kepelbagaian spesies ikan dan ekologi.

Jelas Kar Hing , pusat penyelidikan tersebut bakal diketuai penyelidik hidupan marin, Professor Chan Eng Heng.

“Ada beberapa kajian utama yang kita akan lakukan. Ianya melibatkan hidupan kuda laut, penyu, fitoplankton dan batu karang.

“Kita kini sedang mengkaji untuk membangunkan sektor pelancongan aktiviti menyelam yang berkonsepkan pemuliharaan alam sekitar.

“Dan kita juga akan membawa pelancong dan sukarelawan untuk datang ke situ dan akan membantu penyelidik melakukan aktiviti penyelidikan di situ,” katanya.

Selain itu, kata Kar Hing, kerajaan negeri turut mengkaji cadangan untuk mewujudkan taman hidupan marin di jarak 2 batu nautika daripada Pulau Sembilan yang akan diuruskan Perbadanan Taman Negeri Perak.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan negeri kini sedang mencari penyelesaian terhadap masalah sampah laut yang hanyut ke pulau tersebut.

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi penggulungan Persidangan kelima Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang keempat belas, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Dalam sesi tersebut, Datuk Shahrul Zaman Yahya (Barisan Nasional – Rungkup) kemudian bangkit mengutarakan cadangan supaya kawasan Beting Beras Basah, yang sinonim dengan Pulau Sembilan turut diberi perhatian dan dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong di Perak.

Jelas Kar Hing, perkara tersebut memang telah dibangkitkan dalam siri-siri mesyuarat beliau namun katanya, beliau akan memaklumkan dengan lebih lanjut terhadap perkara tersebut pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");