Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sambut Baik Bantuan Kerajaan Persekutuan Buat Penoreh, Pekebun Kecil

IPOH – Kerajaan Perak menyambut baik dan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan Persekutuan yang meluluskan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) berjumlah RM600, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan tersebut dilihat akan memberi manfaat langsung kepada 24,469 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negeri yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga menyokong langkah kerajaan dalam menaikkan harga lantai getah skrap daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari 2019.

“Kedua-dua pengumuman ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan yang dihadapi oleh para pekebun kecil dan penoreh akibat kejatuhan komoditi getah dan ditambah pula dengan musim tengkujuh.

“Kerajaan negeri berharap bantuan ini akan membantu meringankan beban para pekebun kecil dan penoreh,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Selain itu, ujar Ahmad Faizal, pengumuman tersebut adalah pelengkap kepada beberapa inisiatif kerajaan negeri yang dalam sama berusaha meringankan bebanan rakyat yang memerlukan, khususnya ibu bapa yang sedang membuat persiapan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan 2019.

Jelasnya, ia dijayakan menerusi ‘Program Kembali Ke Sekolah’ yang mana kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada Yayasan Perak untuk inisiatif tersebut.

“Melalui peruntukkan tersebut, kerajaan negeri telah menyediakan 10,000 set kelengkapan mengandungi beg sekolah, pakaian sekolah dan alat tulis bagi golongan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan seluruh negeri.

“Kerajaan negeri juga menghargai sumbangan daripada pihak swasta dan badan korporat yang turut membantu memberi sumbangan untuk program ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");