Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Terus Selesaikan Pemberian Hak Milik Tanah Peneroka Felda

SLIM RIVER:Kerajaan Negeri akan terus komited untuk membantu pihak Felda bagi menyelesaikan urusan pemberian hak milik tanah untuk baki peneroka di negeri ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata usaha itu akan diteruskan dan menjangkakan proses tersebut selesai menjelang suku tahun pertama tahun hadapan.

Katanya Kerajaan negeri berjaya menyelesaikan penyerahan kepada 5,772 peneroka atau 97.55 peratus geran hak milik tanah rancangan Felda di Perak sehingga kini dan hanya berbaki 345 peneroka yang masih belum menerima surat hak milik membabitkan empat tanah rancangan Felda.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penyerahan hak milik tanah kepada 179 peneroka Felda Sungai Behrang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohamad Shariff yang juga merupakan Ketua Peneroka Felda Wilayah Trolak di sini.

“Saya juga difahamkan tiga lagi rancangan Felda iaitu Felda Gunung Besout 3, Felda Trolak Timur dan Felda Trolak Selatan masih belum menerima hak milik sebahagian daripada peneroka Ijok,” katanya dalam satu sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Peneroka Felda Sungai Behrang di Dewan Semai Bakti,Felda Sungai Behrang hari ini.

Terdahulu seramai 179 peneroka Felda Sungai Behrang menerima geran hak milik tanah hari ini yang mana hampir kesemua 368 peneroka di Sungai Behrang akan mendapat hak milik tanah masing-masing selepas hampir lima dekad berhijrah ke sini.

Mengulas lanjut jelas Ahmad Faizal kerajaan Negeri akan mencari mekanisme sesuai pada membantu pembinaan infrastruktur untuk perumahan generasi kedua Felda.

“Kerajaan Negeri akan berbincang dengan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan agensi terbabit akan membantu menyediakan pembinaan infra dikawasan yang sudah memiliki tanah bagi pembinaan rumah.

“Masalah generasi kedua adalah mereka tidak mempunyai penyata gaji jadi kita perlu berbincang dengan pihak yang sesuai untuk proses pembelian bagi memudahkan proses berbanding berurusan dengan pihak Bank,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");