Perak Hari Ini

Kerana Masalah Teknikal, Bukan Speaker Tolak Usul Icerd

IPOH:Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah terlebih dahulu menyampaikan surat penarikan semula usul Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan pada Sidang Dun Perak semalam.

Katanya tidak menjadi kesalahan Speaker Dun Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa menolak usul itu kerana ia berpunca daripada maklumat yang tidak jelas dan masalah teknikal.

“Semalam ada kesilapan teknikal speaker tidak dimaklumkan saya telah menarik balik usul itu dan bukannya speaker menolak, saya sudah menghantar surat kepada pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum persidangan DUN bermula bagi penarikan usul tersebut.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri mengambil keputusan dan pendirian bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menolak Icerd jadi ia sudah jelas, walaupun sebelum ini saya ada menulis surat kepada speaker bagi mengusulkan ia dibahaskan dalam persidangan Dun.

“Kerajaan juga telah menolak Icerd jadi tidak perlu lagi dibahas dalam dewan kerana kerajaan negeri sentiasa menyokong pendirian kerajaan persekutuan itu sudah jelas,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

 

Katanya tidak timbul isu speaker menolak usul itu untuk dibahaskan pada Sidang Dun Perak.

Mengulas mengenai tindakan protes adun pembangkang berkenaan usul tambahan Syiling Peruntukan Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) di sidang DUN Perak semalam jelas Ahmad Faizal para barisan adun terutama adun pembangkang bukanya hanya menunjukkan prestasi di dalam dewan sebaliknya perlu lebih fokus terhadap keperluan rakyat.

“Saya memikirkan untuk kepentingan orang ramai jika saya tarik usul dan bawa usul ke sidang dewan akan datang pastinya usul ini in kelak akan diluluskan juga, kita sudah sampai ke sidang dewan dan mereka hanya mencari kesilapan teknikal sedangkan mereka telah membelanjakan duit ini.

“Saya lihat mereka mmebincangkan dari sudut politik yang mana kita nak beritahu jika tiada peruntukan syiling kerajaan tidak mempunyai cukup peruntukan untuk dibelanjakan pada tahun 2020.

“Kita perlu fikirkan tetang rakyat saya lihat adun ini bila bangun menjerit-jerit tapi bila duudk semua boleh bergelak ketawa adakah mereka serius bertengkar menegakkan kepentingan rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");