Berita Hari Ini

Kes Mayat Dalam Kereta Terbakar Tiada Unsur Jenayah

SEREMBAN – Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes satu mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta terbakar di Taman Jasper Jaya di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd. Rosli Ishak berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) buat masa ini.

“Kami tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kes ini setakat ini. Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Polis masih menunggu hasil bedah siasat oleh pihak hospital keatas mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan sekumpulan anggota bomba yang ditugaskan memadam sebuah kereta terbakar terkejut apabila mendapati terdapat mayat dalam kenderaan tersebut selepas api berjaya dipadamkan pada malam semalam.

Bomba menerima laporan mengenai kebakaran kereta jenis Nissan Sentra itu pada pukul 9.49 malam dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Jasper Jaya 11 kira-kira 10 minit kemudian.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 yang memadamkan kebakaran itu menemui mayat rentung di tempat duduk pemandu selepas api dipadamkan.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosli berkata, identiti mangsa telah dikenal pasti oleh pihak polis iaitu seorang lelaki berketurunan Cina berusia 34 tahun.

Jelas beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat bagi menentukan sebab kematian memetik laporan Kosmo Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");