Panasnya Hari Ini

Kit Siang: DAP Keluar Kerajaan Jika Objektif Malaysia Baru Diabai

Pemimpin-pemimpin DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baru diketepikan, kata Lim Kit Siang.

Katanya, mereka tidak akan sesekali menjadi “lembik” seperti pemimpin MCA.

“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baru dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global,” katanya.

Veteran politik itu berkata demikian ketika berkata DAP tidak akan menjadi seperti MCA dalam kerajaan BN terdahulu.

Anggota parlimen Iskandar Puteri itu mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang berkata Lim resah apabila orang ramai dikatakan melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.

Beliau memberikan lima sebab utama kenapa kebimbangan itu tidak akan berlaku.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");