Berita Hari Ini

KPKT Sedang Rangka Akta Untuk Pembangunan Rumah Ibadat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta bagi memastikan rumah ibadat yang belum dibina mendapat kelulusan terlebih dahulu, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, sekiranya akta berkenaan wujud, pihaknya akan membuat satu “by law” ataupun undang-undang kecil.

“Kita juga akan mengadakan satu “pembersihan” dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan mereka di tanah sedia ada.

“Sekiranya kedudukan mereka (rumah ibadat) terletak di tanah yang tidak sepatutnya atau bukan milik mereka, kita harus mengambil tindakan untuk menasihati mereka agar keluar dari kawasan berkenaan,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perdagangan Islam Malaysia kali ke-25 di sini hari ini, lapor Bernama.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, setiap pembangunan rumah ibadat harus melalui proses yang betul.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");