Perak Hari Ini

KPLB Lancar Program Desa Harapan

TAPAH-Kementrian Pembangunan Luar Bandar (KPLM) telah melancarkan Program Desa Harapan buat julung kalinya di Kampung Kinjang Chenderiang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, program ini adalah untuk membangunkan kampung dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar secara holistik.

 

“Program ini merupakan program rakan strategik antara kementerian, rakan swasta serta penduduk kampung dalam membantu pembangunan kampung terutamanya dari segi ekonomi dan menjana pendapatan kepada penduduk kampung.

“Objektif pelancaran ini adalah untuk memberi definasi baru terhadap konsep kampung angkat agar lebih holistik, efektif, menarik dan inovatif.

“Bukan itu sahaja, program ini turut memberi inspirasi dan harapan kepada masyarakat luar bandar agar pembangunan bandar seiiring dengan kawasan Bandar disamping dapat menjalinkan hubungan strategik serta menjalinkan hubungan baik dengan pihak swasta dan juga korporat,”katanya dalam satu sidang media semasa pelancaran Program Desa Harapan di Sekolah Sri Kinjang, Kampung Kinjang, di sini hari ini.

Turut Hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datin Seri Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Dalam pada itu, beliau berkata, program ini nendapat sokongan daripada 25 buah syarikat swasta yang bersetuju untuk menjadi rakan strategik dan antaranya adalah Berjaya Corporation Berhad, Celcom Axiata, Hume X Cemboard Industries dan Universiti Kuala Lumpur.

“Syarikat korporat ini hanya membantu dari segi tenaga, kewangan dan ilmu tetapi yang penting adalah penglibatan penduduk kampung itu sendiri supaya dapat mencapai pembangunan yang mapan keada penduduk kampung.

“Kementerian ingin melibatkan pengerusi Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya mampu menjadi pemaju kepada ekonomi desa,”katanya.

 

Tambah beliau lagi, berbezaan program ini dengan program Desa Lestari yang telah dilaksanakan adalah dengan melibatkan syarikat-syarikat swasta kerana mereka juga mempunyai idea-idea baru.

Beliau juga maklumkan bahawa, tabika yang dibina telah mula dibangunkan pada 10 hari yang lalu dan dijangka siap pada minggu hadapan.

“Selain daripada pembinaan Tabika Kemas, program kusahawanan juga bakal dilaksanakan untuk melatih belia dari pelbagai sektor.

“Program ini merupakan program jangka panjang dan akan dipormosi dari semasa ke semasa disamping mempromosikan syarikat-syarikat swasta berkenaan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");