Berita Hari Ini

Kurang Sambutan, Program ADAM50 Ditamatkan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan kurang sambutan.

Memetik laporan BH Online, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.

Beliau berkata, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya.

“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

ADAM50 adalah program yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warga negara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");