Berita Hari Ini

Lelaki Ditemui Lemas Selepas Terjun Sungai

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas dipercayai terjun ke sungai untuk mandi-manda sebelum balik ke rumahnya dalam kejadian di Kampung Baru Cina, Ulu Tiram di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 36 tahun itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjun ke sungai.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum minuman keras di sebuah restoran di Kampung Baru Cina terbabit.

“Mangsa telah memberitahu rakannya bahawa dia hendak mandi di sungai yang berhampiran di situ sebelum pulang ke rumah.

“Rakan mangsa mengesahkan bahawa mangsa telah terjun ke dalam sungai dan tenggelam timbul serta telah dibawa arus yang laju dan hilang dari pandangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan dengan bantuan pihak bomba dan penyelamat serta sukarelawan Felda Tebrau dengan menjejaki sepanjang sungai Kampung Muhibbah, Ulu Tiram di sini.

Katanya, mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dan disahkan meninggal dunia sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat.

Jelasnya, mangsa telah dijejaki sepanjang sungai dan mangsa telah ditemui di tepi sungai di Kg Muhibah, Ulu Tiram iaitu lebih kurang  1 kilometer dari tempat kejadian. Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa lemas dan siasatan awal polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kejadian ini dan orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini,” katanya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");