Berita Hari Ini

Lelaki Maut Langgar Babi Hutan

GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Jeli, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu mengorbankan Norafandi Noradin, 37, yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Terah, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai tidak sempat mengelak apabila binatang itu melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 telah terlanggar babi tersebut lalu terbabas ke kanan jalan.

“Akibat terbabas, mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Tambah Mohd. Taufik, binatang itu turut mati dalam kemalangan tersebut.

Beliau memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");