Sukan Hari Ini

Liverpool Kembali Rampas Takhta Liga

LIVERPOOL: Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas musuh tradisi, Manchester United di Anfield, malam tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad The Reds kembali merampas kedudukan teratas liga daripada Manchester City dengan kini berkelebihan satu mata di depan pencabar utama mereka itu.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, anak buah Jurgen Klopp kini mengumpul 45 mata berbanding City 44 mata.

Menurut BH Online yang memetik laporan Reuters menyebut, pemain gantian, Xherdan Shaqiri muncul sebagai wira Liverpool apabila meledak dua gol selain gol pertama dijaringkan Sadio Mane.

Mane membuka tirai jaringan buat The Reds apabila tenang menyudahkan hantaran dilakukan Fabinho pada minit ke-24.

Bagaimanapun, gol pendahuluan Liverpool tidak bertahan lama apabila United yang dibimbing Jose Mourinho kembali bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi Jesse Lingard pada minit ke-33.

Shaqiri yang masuk menggantikan Naby Keita pada babak kedua membuktikan ketajaman penyudahnya dengan meletakkan Liverpool kembali di depan menerusi jaringan minit ke-73 sebelum melengkapkan kemenangan pasukan itu dengan gol kedua peribadi pada minit ke- 80.

Kekalahan menyaksikan United kekal di tangga keenam liga dengan 26 mata, 11 mata ketinggalan di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea bagi perebutan slot ke Liga Juara-Juara

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");