Perak Hari Ini

Mahu Jatuhkan MB Perak, Aziz Bari Sifatkan Dakwaan ‘Gimik Murahan’

IPOH:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan bayangan ketua pembangkang bahawa dia menjadi dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai satu gimik murahan.

Beliau yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri berkata isu tersebut seperti cerita ‘kartun’ kerana pastinya ia satu pembohongan ketua pembangkang, Datuk Saarani Mohamad sekiranya dakwaan itu tidak terjadi sehingga berakhir sesi persidangan dewan undangan negeri (DUN) esok.

“Jika dia tak sabar tunggu sehingga berakhir sidang dewan esok dan sekiranya tidak berlaku terbukti ia satu pembohongan.

“Dia tuduh saya merancang, soal jumpa siapa sahaja boleh berjumpa jika mahu membuat undi tidak percaya memerlukan sokongan 30 kerusi menyokong usul undi tidak percaya DAP hanya mempunyai 18 kerusi bagaimana mahu buat jika ada lima baru 23 kerusi sahaja mana selebihnya, saya sendiri tidak faham,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya pada empat bulan lalu beliau telah memaklumkan sendiri kepada menteri besar sekiranya dia (Ahmad Faizal) jatuh pastinya kesemua adun akan jatuh bersama.

“Pakatan Harapan tiada resolusi dan ketetapan untuk turunkan menteri besar malah jika mahu mengemukakan undi tidak percaya perlu dibangkitkan usul tidak boleh hanya berjumpa di mana-mana lokasi.

“Bukan soal kita nak curi adun tetapi orang UMNO sendiri nak menyebarang ke sini kerana umno mahu tenggelam,” katanya.

Aziz bari turut menafikan pernah berjumpa dengan mana-mana adun pembangkang mengenai dakwaan itu.

“Saya tidak tahu perjumpaan apa, dia tuduh saya jumpa saya tidak mahu melayannya kerana saya berjumpa dengan ramai orang,”katanya.

Terdahulu ketua pembangkang hari ini membayangkan Adun Tebing Tinggi adalah EXCO yang menjadi dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");