Berita Hari Ini

Majikan Tiada Hak Potong Gaji Pekerja: Kula

BAYAN BARU – Majikan tidak mempunyai hak untuk membuat pemotongan gaji secara terus ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, PTPTN perlu meminda aktanya bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan majikan terhadap pekerja mereka untuk tujuan pembayaran balik pinjaman.

“Perkara ini perlu dilaksanakan mengikut akta. Jika tidak, majikan tiada hak untuk memotong gaji secara terus tanpa kebenaran peminjam. Jika mahu laksanakan juga, akta PTPTN perlu dipinda agar ia dapat dilaksanakan nanti.

“Buat masa ini, saya tidak boleh mengulas lanjut tentang pindaan akta kerana ia bukan berada di bawah kuasa saya. Bagaimanapun, jika ada akta yang memberi kebenaran kepada PTPTN atau kerajaan untuk memotong gaji, semua kena ikutlah. Tiada siapa yang boleh mengingkarinya,” katanya lapor Sinar harian.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Undang-undang Pekerjaan 2018 di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap pihak termasuk barisan menteri perlu memainkan peranan dalam menghadapi keadaan kewangan negara yang tidak begitu baik pada masa ini.

“Memang ada keluhan daripada peminjam berhubung arahan pembayaran balik yang dikatakan membebankan. Tetapi dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan. Kita perlu adil dalam situasi kewangan negara ini.

“Malah saya sebagai menteri dan Tun (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) juga ada pemotongan gaji sebanyak 10 peratus. Rakyat perlu faham, jika keadaan ekonomi negara baik, tidak ada sebab kerajaan akan buat seperti ini (pemotongan gaji). Saya yakin ekonomi negara akan pulih,” katanya.

Terdahulu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor menegaskan, majikan memerlukan persetujuan pekerja sebelum membuat potongan gaji melalui perjanjian hitam putih antara peminjam dengan bank atau PTPTN.

Semalam, PTPTN mengumumkan akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 yang mampu memberi faedah lebih besar kepada peminjam berpendapatan rendah.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kaedah PGB itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam berbanding kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");