Perak Hari Ini

Malaysia Tidak Mengimport Tepung Protein Darah Babi Dari China

IPOH- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi bagi kegunaan pemperosesan makanan haiwan.

Melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, DVS telah pun mengeluarkan arahan larangan pengimportan babi hidup dan produk sejuk beku babi sejak 18 September lalu.

Larangan itu dikeluarkan berikutan kejadian penyakit African Swine Fever (ASF) yang berlaku di negara China.

Berdasarkan kepada satu laporan akhbar The Asian Age bertarikh 25 Disember 2018 ada menyatakan pihak berkuasa China telah mengesan virus ASF dalam tepung protein yang dihasilkan dari darah babi yang digunakan dalam penghasilan makanan haiwan di Huizhou, Guangdong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");