Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Meningkat

TELUK INTAN: Angka mangsa banjir di daerah Hilir Perak dilaporkan meningkat daripada 12 mangsa kepada 45.

Memetik maklumat yang disediakan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jumlah keluarga yang sedang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, di sini, kini berjumlah 17.

Difahamkan setakat jam 7 malam semalam, jumlah keluarga yang ditempatkan pada awalnya hanya membabitkan 4 keluarga.

“Pecahan mangsa yang ditempatkan di PPS SK Changkat Jong setakat ini iaitu 15 wanita, 8 kanak-kanak perempuan dan masing-masing 11 lelaki dan kanak-kanak lelaki,” katanya.

Sehingga jam 3.30 petang tadi, hanya sebuah PSS sahaja yang dibuka bagi mangsa banjir yang berada di sekitar Daerah Hilir Perak.

Ia mula dibuka pada jam 5.55 petang semalam.

PSS tersebut melibatkan mangsa yang tinggal di Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9, Changkat Jong, di sini.

Terdahulu, dalam laporan berasingan, difahamkan, punca banjir adalah disebabkan hujan lebat dan limpahan air dari Sungai Bidor dan Sungai Sungkai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");