Perak Hari Ini

MARA Bantu Pelajar Memerlukan

KUALA KANGSAR: Sekitar 20 yang memerlukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin, Manong, di sini hari ini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Penerima sumbangan yang disampaikan menerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM) itu turut menerima wang tunai berjumlah RM50 setiap seorang.

Pengarah MARA Perak, Nor Zaini Abu Kassim berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) prihatin MARA yang berlangsung sepanjang tahun.

Katanya lagi, inisiatif tersebut juga sebagai usaha dalam mempertingkatkan prestasi akademik khususnya kepada pelajar yang memerlukan.

“Inisiatif bantuan ini adalah berperanan dalam memastikan golongan pertengahan dan rendah, mendapat perhatian yang sewajarnya selain memberi sokongan moral kepada ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan sekolah.

“Ia juga merupakan salah satu kerjasama strategik dengan semua pihak dalam menyahut seruan dan saranan pemimpin tempatan dalam membantu meringankan bebanan keluarga pelajar ini terutamanya golongan anak-anak yatim di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program CSR MARA Prihatin@ Kuala Kangsar dan Majlis Penyampaian Sumbangan ‘One-off’ YPM di Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");