Perak Hari Ini

MB Perak Kesal Insiden Kebakaran, Seru Majikan Utamakan Keselamatan

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru semua majikan agar menitikberatkan faktor keselamatan terhadap kebajikan dan keselamatan para pekerja.

Beliau yang hadir memberi sumbangan kepada keluarga semua mangsa yang terbabit dalam tragedi letupan dan kebakaran sebuah premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju,11 Disember lalu berharap kejadian yang meragut enam nyawa itu dijadikan iktibar dan tidak berulang lagi.

“Saya berasa sedikit kesal tidak dapat menziarahi lebih awal kerana masalah kesihatan namun hari ini saya berpeluang berjumpa keluarga mangsa dan menyatakan rasa simpati saya dan isteri secara peribadi daripada kerajaan negeri dan rakyat Negeri Perak.

“Saya juga adalah seorang bapa, anak saya umur belasan tahun jadi saya memahami perasaan keluarga yang kehilangan anak-anak mereka.

“Saya faham, anak-anak tidak mahu membazir waktu cuti sekolah ini namun takdir allah tentunkan segalanya kita mendoakan roh mereka ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kerajaan negeri dan peribadi kepada semua waris keluarga terlibat.

Turut meluangkan masa bertanya khabar dengan kesemua keluarga mangsa isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohd Radzi.

 

Katanya sumbangan tersebut pastinya tidak dapat mengantikan kehilangan anak mereka namun ia diharap membantu mengurangkan bebanan ditanggung keluarga.

Tegasnya lagi, para majikan perlu menitikberatkan faktor keselamatan dan bangunan tempat kerja yang mengikut spesifikasi ditetapkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Faktor keselamatan di tempat kerja perlu dititikberatkan dan kita tidak mahu dengar kisah begini lagi, yang bekerja di pejabat faktor keselamatan mesti mengikut spesifikasi Jabatan Bomba perlu diberi perhatian semua pihak.

“Tindakan memberi peluang pekerjaan kepada mereka bukannya sesuatu yang tidak baik kerana ada daripada mereka mahu berdikari membantu keluarga tetapi majikan dil luar sana perlu lebih bertanggungjawab,” katanya.

Ibu bapa juga katanya perlu lebih perihatin mengenai tindakan dan pekerjaan dilakukan anak-anak mereka.

“Sudah menjadi ketentuan kita bukan mahu menyalahkan ibu bapa atau sesiapa namun majikan sekiranya tidak menjaga faktor kesaelamatan pekerja berhak menegur majikan mengenai kesalahan itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");