Perak Hari Ini

MB Perak Presiden Baru PAFA

IPOH: Isu pengosongan kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) kini berakhir apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik untuk menduduki jawatan tersebut, berkuatkuasa hari ini sehingga 2021.

Ahmad Faizal menggantikan bekas Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, yang telah melepaskan jawatan tersebut pada November lalu.

Pelantikan Ahmad Faizal dipersetujui oleh semua ahli gabungan persatuan bola sepak seluruh daerah dalam Kongres Luar Biasa PAFA yang diadakan di Hotel Impiana di sini, malam tadi.

Beliau yang ditemui pada sidang media selepas kongres tersebut selesai berkata, ia merupakan satu penghormatan buatnya selain berjanji akan menjalankan amanah yang diberikan itu sebaik mungkin.

“Saya berharap lantikan ini akan mendapat sokongan semua pihak dan saya fikir, daripada semangat yang ditunjukkan semua perwakilan tadi, kita akan terus bersatu hati sebagai satu keluarga yang besar.

“Kita juga akan terus berusaha memantapkan lagi pasukan bola sepak Perak dan sukan bola sepak itu sendiri, di semua peringkat.

“Siapa yang dilantik sebagai presiden atau timbalan presiden itu perkara kedua. Yang utama kita mahu meneruskan momentum kejayaan pasukan bola sepak negeri kita ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman akan mengisi kekosongan kerusi Timbalan Presiden PAFA.

Sementara itu, bekas penyandang jawatan tersebut, Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula lantik sebagai pengurus untuk mengemudi pasukan The Bos Gaurus bagi musim hadapan.

Ketika ditanya pemberita tentang lantikan Adly, Ahmad Faizal berkata, pihaknya yakin bahawa Adly akan menggalas tugas tersebut dengan cemerlang.

“Kepada beliau saya fikir, harus menjalakan tanggungjawab dengan baik. Jika tidak pun, kita ada ramai ahli jawatankuasa Exco yang mantap yang turut boleh membimbing semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa jersi The Bos Gaurus berkemungkinan akan mengalami perubahan dari segi pengurangan jumlah logo-logo penaja.

Walau bagaimanapun jelasnya, terdapat ramai pihak swasta yang sudah mula menunjukkan minat untuk menaja pasukan bola sepak negeri.

Dalam sidang media sama, Ahmad Faizal turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM1 juta kepada PAFA oleh KL Land and Development Berhad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");