Perak Hari Ini

MB Perak Telah Serah Dokumen Pengisytiharan harta

IPOH:Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyerahkan dokumen pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, 6 Disember 2018.

Memetik sumber kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Perak beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Tambun, telah menandatangani dokumen perisytiharan harta berkenaan dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebelum diserahkan kepada pihak SPRM.

Kenyataan tersebut merujuk kepada satu laporan berita semalam mengenai perisytiharan harta melibatkan beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahmad Faizal.

Bagaimanapun, menerusi maklumat pihak Pejabat Menteri Besar mendapati maklumat tersebut belum dikemaskini setakat jam 5 petang Ahad 9 Disember 2018 apabila berita tersebut dilaporkan.

“Sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen, Datuk Seri sentiasa komited untuk memenuhi janji Pakatan Harapan untuk mengisytiharkan harta seperti mana yang termaktub dalam manifesto untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei lalu.

“Untuk makluman juga, semua ahli jentera pentadbiran kerajaan negeri Perak termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan Badan Berkanun Negeri juga telah mengisytiharkan harta masing-masing.

“Ini adalah selari dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan Perak kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti serta komitmen untuk memerangi rasuah dan salahguna kuasa,” memetik kenyataan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");