Perak Hari Ini

MB Solat Jumaat Di Masjid An-Nur Batu 8

HULU KINTA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menunaikan solat Jumaat bersama lebih daripada 1,000 jemaah di Masjid An-Nur Batu 8, di sini, hari ini.

Beliau yang segak berpakaian Baju Melayu lengkap berwarna ‘peach’ tiba sekitar jam 1 petang.

Kehadirannya bersama isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad; Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Halizah Sipun serta barisan ahli jawatankuasa Masjid An-Nur Batu 8.

Selesai menunaikan solat Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun, serta tetamu kehormat kemudiannya diiringi ke Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di pekarangan masjid.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau berasa kagum dengan beberapa kejayaan yang telah dicapai masjid berkenaan yang antaranya menerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik pada Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017 peringkat negeri.

Beliau juga turut mengajak agar semua pihak dapat terus memainkan peranan dalam menarik lebih ramai jemaah khususnya golongan muda dalam mengimarahkan masjid.

Menteri Besar juga turut menyeru pihak masjid supaya dapat berusaha lebih lagi dalam menjana kewangan masjid selain daripada bantuan daripada kerajaan negeri.

Kunjungan Ahmad Faizal ke Masjid An-Nur Batu 8, di sini, merupakan kunjungan sulungnya semenjak beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak pada Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");