Perak Hari Ini

Memang Sepatutnya ‘Mereka’ Keluar UMNO-MB Perak

IPOH:Pengerusi Bersatu Perak,Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan tindakan ahli UMNO yang bertindak keluar parti sejak akhir-akhir ini adalah sesuatu yang wajar.

Malah katanya tindakan keluar parti itu perlu kerana UMNO dilihat sudah tidak lagi relevan.

“UMNO dilihat sudah tidak relevan lagi apabila mereka masih lagi mempertahakan perkara yang telah ditolak secara nyata oleh rakyat.

“Jadi kenapa masih tunggu dalam sebuah parti yang kita semua tahu mengamalakan budaya tidak elok, tapi itu hal parti mereka saya tidak mahu masuk campur tetapi bagi menjawab soalan bahawa ramai keluar pada UMNO saya alu-alukan itu kerana memang semua ahli patut lakukan,” katanya mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun katanya beliau sama sekali tidak dihubungi oleh mana-mana pihak untuk tindakan tersebut malah tidak juga berhasrat menarik sesiapa menyertai Bersatu Perak.

“Saya tidak bermusuh dengan sesiapa biarpun ada musuh politik namun ikatan sesama Islam tidak putus,” katanya kepada media pada pelancaran Program Kembali ke Sekolah tahun 2019 di lokasi pertama Parlimen Tambun.

Mengulas mengenai adun bebas menyertai Parti Bersatu katanya, sesiapa sahaja terbuka menyertai parti tersebut yang akan dipertimbangkan oleh majlis pimpinan tertinggi untuk menerima atau menolak permohonan itu.

“Bersatu bersama rakan-rakan Pakatan Harapan sentiasa bersatu hati dalam usaha kita lakukan kerana kita tahu kemenangan kita dan kejayaan kita selepas pilihan raya lepas adalah atas semangat Pakatan Harapan bukan semata-mata memerlukan sokongan pihak lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");