Perak Hari Ini

Minta Bantuan MB Selesaikan Kemelut Tanah

IPOH- Sebahagian daripada Jawatankuasa Bertindak Peneroka Tanah Pajakan Negeri (PN) telah menghantar memorandum meminta bantuan daripada Menteri Besar supaya membantu mereka dalam menyelesaikan kemelut tanah yang dihadapi sejak tahun 1994.

Setiausahanya, M Nagappan ketika ditemui berkata, pada asalnya mereka (ibu bapa) telah membeli tanah ini pada tahun 1992 hasil daripada gadaian pihak bank dan diminta untuk melantik peguam bernama B Gurubachan Singh bagi memudahkan urusan ekoran beliau mahir tentang selok belok untuk mengeluarkan tanah daripada tender jualan.

 

Kira-kira 100 orang telah hadir di hadapan Bagunan Perak Darul Ridzuan mewakili 545 pembeli bagi memohon pembelaan daripada Menteri Besar bagi menyelesaikan kemelut tanah yang terletak di tanah Lot 9108 Hutan Melintang.

Menurut laporan polis yang telah dibuat, beliau telah memasukkan kaveat pendaftar mewakili 565 orang pembeli pada tahun 1992 tetapi tidak membayar wang jualan tender dan tanah tesebut dibuka semula untuk jualan.

Sejurus itu, pihak pembeli yang berasa tertipu telah melantik peguam baru iaitu Mangalesh menggantikan Gurubacha yang turut sama memasukkan kaveat pendaftar pada tahun 1994 tetapi telah dibatalkan oleh pihak yang tidak diketahui pada tahun yang sama malah ditukar milik daripada Simpang Empat Plantation kepada Regal Enstablishment Sdn Bhd.

“Sepatutnya peguam tersebut perlu penukar nama tanah tersebut kepada mereka tetapi beliau tidak berbuat demikian sehingga tahun 2012 dan mengambil hasil yang ada kerana peguam terbabit merupakan pengarah Regal Enstablishment Sdn Bhd.

” Pada 2012 semakan dibuat, namun pada tahun 2014 kami tidak mendapat sebarang pampasan tanah tetapi hanya dibayar kepada 217 orang sahaja,”katanya ketika ditemui dihadapan Bangunan Rerak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Nagappan, mereka telah memfailkan kes tersebut beberapa kali sejak tahun 1994 tetapi masih tidak mendapat sebarang kata putus dan terpaksa menghadapi kerugian dengan membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes terbabit.

“Pihak kami mahu Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertanggungjawab atas kes ini kerana syarikat terbabit telah berjaya memecahkan kaveat pendaftaran dan menukar hakmilik tanah ini tanpa pengetahuan kami melalui PTG dan mendapat kelulusan Menteri Besar ketika itu.

“Sudah tentu ada surat tunjuk sebab dan mengapa keputusan tersebut dibuat kerana nilai ganti rugi yang dihadapi adalah paling kurang RM250,000,”katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");