Jenayah

Minyak Dicuri Dari Loji Shell Bernilai RM627.5j

SINGAPURA: Nilai minyak yang dicuri dari loji terbesar Shell di Singapura dalam tempoh beberapa tahun mencapai AS$150 juta (RM627.5 juta), menurut dokumen mahkamah di sini.

Ia adalah angka yang lebih besar daripada dilaporkan ketika polis mendedahkannya awal tahun ini.

Selepas hampir setahun berlalu, lebih 12 orang telah ditahan termasuk beberapa bekas pekerja unit tempatan Royal Dutch Shell.

Kertas dakwaan menyatakan bahawa kira-kira 340,000 tan ‘gasoil’ dicuri dari tapak loji gergasi firma itu di Pulau Bukom dengan kegiatan mencuri itu bermula pada 2014.

Dakwaan itu difailkan selepas siasatan berjalan beberapa bulan apabila polis melakukan serbuan pada Januari lalu membabitkan kecurian minyak bernilai AS$10 juta (RM41.8 juta).

Dakwaan seterusnya pada Mei lalu menunjukkan nilai kecurian minyak meningkat kepada AS$40 juta (RM167.3 juta).

Jurucakap Shell berkata, firma itu kecewa dengan kejadian yang berlaku sedangkan ia telah bekerjasama dengan penyiasat dan mengambil langkah menyekat insiden berulang di loji Pulau Bukom yang terletak di selatan pulau utama Singapura. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");