Membawang Hari Ini

Muhasabah Diri, Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyifatkan pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Dalam masa yang sama, Siti berharap apa yang terjadi tidak memudarkan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebuah negara tidak akan kuat tanpa keamanan. Dan keamanan itu asasnya adalah rasa penyatuan yang kuat dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara kita.

“Kita muhasabah diri kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Jangan korbankan keamanan yang kita miliki hari ini,” kata Siti ketika ditemui pada sidang media konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Kuala Lumpur, pada Selasa lapor Astro Awani.

Muhammad Adib meninggal dunia pada Isnin malam selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu.

Siti juga berharap anggota keluarga Muhammad Adib diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang besar ini.

“Muhammad Adib pergi sebagai seorang wira dan pengorbanannya akan terus dikenang rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada Selasa, pihak polis memberi peringatan agar tidak dikaitkan kes kematian Muhammad Adib dengan isu perkauman dan sebagainya.

Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau sebelum ini berkata pergaduhan di kuil itu mungkin boleh dielakkan sekiranya semua pihak akur terhadap keputusan mahkamah berhubung isu pemindahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");