Berita Hari Ini

Muhyiddin: Akta Hasutan, CMA Boleh Diguna Dalam Isu Kuil

Kerajaan bersetuju untuk menggunakan dua akta yang kini dalam moratorium dan kajian semula dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telah membawa cadangan itu dan dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pada 30 November lalu.

Katanya, dua akta itu adalah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

“Jemaah menteri setuju dengan pandangan saya dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo bahawa dua akta ini – Akta Hasutan dan CMA – yang sebelum ini ada moratorium (boleh digunakan).

“Tetapi dengan keadaan semasa yang berlaku terutama berkaitan kes kuil ini, kabinet setuju polis dibenarkan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang media di Kuil Sri Maha Mariamman hari ini.

Polis telah membuka empat kertas siasatan bawah Akta Hasutan berhubung insiden yang berlaku di kuil itu awal minggu ini, termasuk terhadap penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");