Jenayah

Najib Dilepas Dari Tahanan SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10.50 pagi tadi berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dilepaskan.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Pekan itu dilepaskan dengan jaminan SPRM jam 1.20 petang.

Najib hadir ke SPRM dengan menaiki kereta jenis Kia Sorento pagi tadi lapor Sinar Harian.

Sumber turut memaklumkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda dijangka hadir memberikan keterangan ke SPRM esok.

Pada 6 Disember lalu, Najib telah memberikan keterangan selama empat jam membabitkan kes berkenaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut dirakam keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");