Jenayah

Numan Afifi Gesa Polis Siasat Video Pasangan Lelaki Dipukul

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Aktivis masyarakat, Numan Afifi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian dua lelaki dipukul kerana didakwa melakukan hubungan sejenis di dalam kereta.

Menurut Numan Afifi, kejadian berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditularkan di media sosial merupakan satu bentuk keganasan kebencian dan perlu disiasat.

“Kami menerima laporan yang tidak disahkan mengenai video tular dua pemuda telah dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa melakukan seks sejenis.

“Kami mengutuk keganasan anti-gay ini dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat jenayah kebencian ini. Cukup-cukuplah,” kata Numan Afifi dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu dua lelaki kelihatan dipaksa memakai baju dan diminta keluar daripada kenderaan.

Kedua-dua mereka kemudiaan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang meminta mereka keluar dari kenderaan tersebut.

“Jika sesiapa yang mengenali mangsa, tolong beritahu mereka bahawa kami di sini mahu memberi sokongan. Kita perlu berdiri menentang sebarang bentuk ketidakadilan,” kata Numan Afifi.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian lapor Utusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");