Berita Hari Ini

PAC Bakal Panggil Bekas Peguam Negara, KP SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, antara individu bakal dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan BH Online, Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata turut akan dipanggil termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Kiandee tidak menolak kemungkinan PAC memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini didakwa mengarahkan pengguguran beberapa perenggan dalam laporan audit 1MDB itu.

“Mereka dijangka dipanggil tahun depan dan kita harap siasatan membabitkan dakwaan pindaan laporan audit 1MDB dapat disiapkan sebelum sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Ada beberapa nama lagi dikenal pasti untuk dipanggil, selain (bekas Ketua Audit Negara), Tan Sri Ambrin Buang, akan dipanggil semula bersama lima atau enam orang kumpulan audit yang mengaudit laporan 1MDB itu pada 2014.

“Kita juga akan memanggil Arul Kanda, bekas Ketua Setiausaha Negara, bekas Peguam Negara dan Tan Sri Dzulkifli.

“Prosiding ini akan diteruskan sehingga tahun depan dan kami berharap PAC dapat membuat kesimpulan sebelum sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibentangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan prosiding berkaitan pindaan laporan audit 1MDB membabitkan Ambrin di bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Ambrin hadir pada jam 11 pagi dan selesai menghadiri prosiding kira-kira jam 4 petang.

Beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan, Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu termasuklah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut Madinah, antara individu yang turut terbabit dalam pindaan itu termasuklah bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh; Ali; Ambrin; Arul serta wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Kementerian Kewangan, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada KSN dan bekas Pengarah Audit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");