Perak Hari Ini

Pelbagai Bantuan Bakal Disediakan Kepada Masyarakat Orang Asli

IPOH – Kerajaan negeri akan memperuntukkan sumbangan kepada masyarakat orang asli bagi menangani isu keciciran khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bakal menyediakan wang saku berjumlah RM2 secara harian khususnya kepada pelajar sekolah menengah bergantung kepada kehadiran ke sekolah.

Selain itu menurut Asmuni, pelbagai bantuan akan diberikan seperti bantuan makanan mentah kepada masyarakat Orang Asli di pedalaman iaitu penyediaan minum pagi dan makan tengah hari.

“Kerajaan negeri juga akan menyediakan pengangkutan pelajar pergi dan balik sekolah secara harian bagi memastikan kadar ponteng berkurangan.

“Selain itu, pengangkutan kepada pelajar yang tinggal di asrama turut disediakan iaitu semasa cuti persekolahan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis Cik Ng Shy Ching (Barisan Nasional- Teja) dalam Sidang Dewan Undangan Negerin (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Asmuni berkata lagi, bantuan yuran pelbagai sekolah menengah turut diberikan dengan penyediaan peralatan tulis yang akan dibayar kepada pihak koperasi sekolah serta penyediaan keperluan diri bagi mereka yang tinggal di asrama.

Tambah Asmuni lagi, pihak JAKOA, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah membuat Taskforce Basmi Ponteng yang bakal menganjurkan program-program motivasi.

“Program kesedaran ilmu bakal dilaksanakan di perkampunagn orang asli yang mempinyai kadar ponteng sekolah yang tinggi .

“Kerajaan negeri juga akan memberikan sumbangan bagi program motivasi dan berbentuk ilmiah kepada sekolah-sekolah walaupun keseluruhan tren keciciran pendidikan orang asli menunjukkan kadar penurunan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");