Perak Hari Ini

Pas Minta Isu Koon Yew Yin Disiasat

IPOH:Pas Perak meminta tindakan tegas diambil terhadap tokoh perniagaan, Koon Yew Yin yang disifatkan mencemar nama baik institusi Kesultanan Perak.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata dakwaan wujudnya rasuah membabitkan tokoh perniagaan serta beberapa individu dalam Kerajaan Negeri Perak telah diketahui umum namun sehingga kini perkara tersebut masih belum mendapat tindakan setimpal.

“Reteten beliau tidak mendapat seperti yang dijanjikan dia telah membuat tuduhan yang agak melampau dalam artikel berdasarkan artikel diterbitkan pada 2 November lalu yang bertajuk ‘Perak Sultan has no right to stop my appoinment as economic adviser’ (Sultan Perak tidak mempunyai kuasa menghentikan perlantikan saya sebagai penasihat ekonomi).

“Isu ini membabitkan Sultan dengan satu tuduhan yang serius dan kita tidak mahu perkara ini menular dalam masyarakat jika tiada satu tindakan tegas diambil oleh pihak berwajib,” katanya dalam satu sidang media selepas Persidangan keempat Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang Keempat Belas Perak hari ini.

Katanya biarpun terdapat dakwaan unsur rasuah namun ia seakan disenyapkan tanpa sebarang tindakan sewajarnya.

“Pas mahu perkara ini disiasat supaya dapat menjernihkan keadaan ditambah keadaan semasa ini supaya tidak menyetuh senitiviti masyarakat Malaysia,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda Pas Perak Mohd Akmal Kamaruddin akan membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut.

“Pihak Dewan Pemuda Pas Perak mengambil serius mengenai isu ini kerana mempunyai unsur rasuah yang sepatutnya disiasat oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Kami bimbang ia digugurkan begitu sahaja dan kita mahu rakyat tahu wajah mereka yang sebenar jadi kita akan mengarahkan dewan pemuda Pas di semua kawasan membuat laporkan pada pihak polis supaya diambil perhatian,” katanya.

Katanya salah satu parti pakatan Harapan itu hanya memberi penjelasan bahawa Yew Yin tidak dilantik bagaimanapun isu pemecatan ahli perniagaan itu sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri pula dihebahkan.

Beliau turut membangkitkan persoalan dakwaan itu dalam sesi perbahasan bajet negeri hari ini.

“Mereka seperti ‘double standard’ apabila isu mereka kita seperti tidak dibenarkan bercakap Pas bimbang dengan Malaysia baru ini kerana jika laporan kami hanya akan berakhir di bakul sampah,” katanya.

Terdahulu, menerusi artikel yang kemudian dipadamkan sendiri oleh Yew Yin, tokoh perniagaan itu mengaku menyumbang ratusan ribu ringgit kepada parti dalam Pakatan Harapan dan sebagai balasan, beliau dijanjikan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");