Berita Hari Ini

Pekerja Honda Hina Kematian Muhammad Adib Di FB, Digantung Tugas

KUALA LUMPUR: Syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd (Honda Sri Utama Auto), hari ini menggantung tugas seorang kakitangannya selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah Honda Sri Utama Auto, Wong Chee Keong, berkata penggantungan pekerja itu adalah supaya siasatan dalaman boleh dijalankan dan syarikat sedia mengambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku.

“Kami secara ikhlas memohon maaf atas komen yang tidak sensitif dibuat oleh kakitangan kami mengenai berita sedih kematian Muhammad Adib.

“Kami tidak akan bertolak-ansur terhadap sikap sedemikian sama ada ia dilakukan dalam talian atau sebaliknya.

“Honda juga akan menghantar memo kepada semua pemilik pengedar Honda supaya menasihatkan pekerja masing-masing untuk mengamalkan sikap yang baik,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook syarikat itu, lapor BH Online.

Kenyataan berkenaan itu rata-rata disifatkan netizen sebagai tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mempertikaikan Tuhan kerana tidak menyelamatkan nyawa anggota bomba berkenaan.

Pekerja itu melalui laman Facebooknya, dipercayai memuat naik komen ‘Bukan kerajaan gagal..tuhan u (awak) yang gagal tidak sembuhkan Adib’ ketika siaran langsung Facebook sidang media Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, malam tadi selepas mengumumkan kematian Muhammad Adib.

Komen itu turut menerima kecaman ramai pihak yang kemudian mendapati individu berkenaan bekerja dengan Honda Sri Utama, sekali gus menyebabkan laman Facebook syarikat itu ‘diserang’ oleh netizen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");