Perak Hari Ini

Pekerja Kilang Diberhentikan Minta Penjelasan

SUNGAI SIPUT:Pekerja kilang simen Lafarge, di sini, mengadakan demonstrasi di hadapan kilang tersebut berkaitan tindakan notis pemberhentian pekerja November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A. Sivanesan selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan kilang berhubung isu tersebut meminta agar kesemua sembilan pekerja yang diberhentikan merujuk pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bagi membuat aduan.

“Kilang ini telah beroperasi sejak tahun 1964, bagaimanapun hasil rundingan sebentar tadi pihak kilang menjelaskan selama 21 bulan kebelakangan ini operasi kilang mengalami kerugian dan pihak kilang terpaksa menghentikan pekerja untuk mengurangkan kos.

“Kesemua sembilan pekerja ini diberikan notis pemberhentian kerja bertarikh 15 November lalu melibatkan pekerja berumur 31 hingga 54 tahun yang telah bekerja selama 23 tahun di kilang ini.

“Melalui notis mereka mengemukakan tiga alasan iaitu kilang ingin mengurangkan kos, terjejas akibat penurunan jumlah projek dan mengubah operasi syarikat dengan sistem baharu,” katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak kilang.

Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah wakil JPP, Kerajaan negeri, pengilang dan kesatuan sekerja (Trade Union).

Katanya lagi, tindakan diambil syarikat adalah mengikut garis panduan yang betul bagaimanapun waktu pemberhentian adalah tidak sesuai bagi pekerja yang bekeluarga untuk mengambil kira permulaan persiapan tahun baharu tidak lama lagi.

“Prosedurnya tidak silap tetapi pemilihan masa dengan hujung tahun bagi mereka membuat persiapan persekolahan bagi keluarga, mungkin yang berusia 55 tahun keatas boleh mengambil pampasan tetapi bagaimana pekerja yang berumur 31 tahun ini.

“Saya cuba berbincang agar mereka diambil semula bekerja namun pihak syarikat enggan, dan peluang pekerja ini adalah dengan membuat aduan dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, supaya pihak jabatan mengadakan mesyuarat pendamaian dengan pengilang bagaimanapun sekirnya gagal berbincang kes akan dirujuk kepada menteri sumber manusia untuk dibawa kepada peringkat mahkamah Jabatan Perusahaan bagi dibicarakan,” katanya.

Katanya lagi,pihak syarikat akan membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan seperti dalam perjanjian.

“Saya simpati dengan mereka inilah impilikasi pindaan Akta kerja pada tahun 2012 yang membenarkan pihak ketiga membuka kontrak kepada pekerja lain terutama pekerja asing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");