Membawang Hari Ini

Pekin Ibrahim, Mona Allen Selamat Nikah?

PELAKON Pekin Ibrahim dikatakan telah melangsungkan pernikahannya dengan bintang drama Monalisa, Mona Allen, hari ini.

Beberapa keping gambar yang menyaksikan pasangan selebriti ini dalam persalinan pengantin, selain papan tanda yang tertera nama mereka telah tersebar semenjak awal petang tadi.

Meski tiada kenyataan yag dikeluarkan oleh mereka berdua, rakan artis dan peminat mula mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira dengan berita tersebut. Tidak kurang terkejut dan bertanyakan tentang kesahihah berita tersebut.

Bagaimanapun, Amyza Aznan menerusi laman Instagramnya secara terbuka turut mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Pekin dan Mona.

“Selamat pengantin baru buat anak Cik Gayah (Amyza), Mona Alle dan suami, @pekin7words (Pekin Ibrahim).

“Semoga berkekalan hingga ke jannah. Amin,” tulisnya pada sekeping gambarnya bersama Mona.

Terdahulu sebelum ini Pekin yang kini bergiat aktif sebagai penerbit filem pernah menyatakan hasratnya untuk tidak menghebahkan tentang tarikh pernikahannya kerana menganggap ia merupakan momen peribadi buatnya dan pasangan.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");