Perak Hari Ini

Pembalakan Haram: MB Perak Minta Semua Pihak Bagi Kerjasama Salur Maklumat

SLIM RIVER:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung pembalakan haram di hutan simpan negeri ini supaya tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan tegas.

Beliau ketika diminta mengulas berhubung laporan khas akhbar tempatan mengenai pembalakan haram di Hutan Simpan Kekal Hulu Perak menyifatkan pembongkaran itu sebagai satu dakwaan serius.

“Akhbar Mingguan Malaysia mengeluarkan laporan berhubung terdapat lapan syarikat yang kebal telah membalak secara haram dan laporan ini menyebut syarikat ini mendapat kelulusan 80 hektar tetapi ditebang hampir 100 hektar.

“Laporan ini juga menyebut hutan semakin botak dan dakwaan adanya tonto memberi suapan kepada penguatkuasa mengelak ditahan jadi ini perkara yang serius perlu diambil perhatian,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis penyerahan hak milik tanah kepada 179 peneroka Felda Sungai Behrang di sini hari ini.

Katanya Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) pastinya memandang serius dakwaaan itu dan berusaha memerangi pembalak haram yang berlaku di negeri ini.

“Kita perlu jaga kehijauan negeri kita dan periuk nasi kita jika tidak mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri saya perlu dapatkan maklumat yang jelas untuk perangi pembalak haram ini,” katanya.

Berikutan itu beliau telah meminta Setiausaha sulit kanannya bagi membuat laporan kepda pihak Polis dan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan laporan media semalam.

“Hanya pihak berkuasa berupaya mendapatkan maklumat lebih agar tindakan segera dapat diambil, jika benar laporan ini saya kecewa dan kita perlu ambil tindakan.

“Jadi mana-mana pihak sekiranya ada maklumat ini perlu dikongsi bersama berhubung isu tonto saya perlukan maklumat itu dan sesiapa yang mempunyai maklumat mesti tampil memberi maklumat itu kepada pihak bertanggungjwab seperti pihak polis dan SPRM,” katanya.

Katanya lagi telah menjadi hasrat utama Kerajaan diterajui Pakatan Harapan untuk membasmi sebarang elemen rasuah yang berlaku di negeri ini untuk diambil tindakan sewajarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");