Membawang Hari Ini

Peminat Nampak Baby Bump, Fazura Kini Hamil?

Ketika ini pasangan Fattzura sedang menikmati percutian di pulau Meldives. Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen, ‘baby bump Fazura yang dikatakan kelihatan dalam sebuah video yang dimuat naik.

Menerusi Instagram, Fattah Amin telah memuat naik sebuah video yang cukup romantis, yang didedikasikan buat isterinya. Dikala ramai memuji pasangan yang sentiasa ‘sweet’ itu, ada mendakwa terlihat ‘baby bump’ Fazura.

Di ruangan komen pula, penuh ucapan tahniah membanjiri akaun media sosial pelakon itu yang menganggap Fazura kini sedang hamil. Pemakaian Fazura dalam video itu juga sangat ‘loose’ seolah ingin menyembunyikan perut.

Kami juga bersetuju dengan pendapat netizen, agak ketara juga ‘baby bump’ kelihatan pada Fazura. Jika benar berita, pasti gembira peminat Fattzura semua. Mungkinkah percutian mereka kali ini sempena Fazura hamil? (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");