Panasnya Hari Ini

Pemuda Pas Hargai Ketegasan Tun M

KOTA BHARU – Pemuda Pas menghargai ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.

Naib ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sememangnya benar sebagaimana dinyatakan Dr Mahathir, jika pilihan raya tersebut dilaksanakan banyak konflik bakal timbul nanti.

“Saya sangat menghargai pendirian Perdana Menteri. Ia bukanlah kali pertama beliau menyatakan pendirian tersebut bahkan pernah disebut dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Oktober lepas,” katanya dalam satu kenyataan, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Semalam, Dr Mahathir dalam sidang media di Putrajaya memberitahu kerajaan tidak merancang menghidupkan semula pilihan raya PBT atas kebimbangan berlakunya konflik kaum.

Justeru, Ahmad Fadhli juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berharap dengan kenyataan daripada pemimpin nombor satu negara itu, ia dapat menutup mulut semua pihak berhubung perkara tersebut.

“Tidak perlu lagi sesiapa membangkitkan cadangan ini lagi. Kita tidak mahu dengar ada pihak membuat kenyataan mengelirukan seumpamanya, kami sokong pilihan raya PBT namun akur dengan keputusan kerajaan,” katanya.

Tambahnya, perkara berkenaan pernah dibangkitkan beliau pada 31 Oktober lalu di Dewan Rakyat dengan bertanyakan kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berhubung cadangan mengadakan pilihan raya tersebut.

“Pada masa itu, beliau sendiri tidak memberikan jawapan yang jelas dan terang sekalipun Perdana Menteri telah menyatakan pendiriannya,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad Fadhli berkata, sekalipun ia dijanjikan di dalam manifesto PH tetapi ia tidak boleh dilaksanakan pada masa ini berdasarkan komposisi yang tidak seimbang dari aspek kependudukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");