Perak Hari Ini

Pencinta Kucing Mahu Bina Rumah Perlindungan, Berkonsepkan Pelancongan

TAIPING:Demi cinta kepada ‘si bulus’ Faizulniza Puzi terus melipat gandakan pelbagai usaha bagi memastikan masyarakat sedar akan tanggungjawab membantu dan menjaga keperluan binatang kesayangan ini sebaik mungkin.

Pengasas kepada jenama ‘Geli-Geli Kucing’ Faizulniza berkata usahanya kini adalah untuk mewujudkan sebuah rumah perlindungan khusus untuk kucing yang berkonsepkan pelancongan.

“Kita mahu mendapat sokongan daripada masyarakat dan sedang berusaha bagi menyediakan satu rumah perlindungan untuk kucing yang berkonsepkan perlancongan berbeza daripada rumah perlindungan yang beroperasi secara persendirian,” katanya.

Katanya lagi, lambakan kucing jalanan antara salah satu penyebab Faizulniza berusaha gigih mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengurangkan jumlah tersebut yang kian meningkat.

“Rumah perlindungan kebanyakkan di Malaysia dijalankan oleh persendirian jadi pihak pengurusan kurang dana berikutan itu kita mahu mengetengahkan konsep perlancongan supaya orang boleh datang melihat kucing daripada proses permulaan mengambil kucing ini daripada jalanan, merawat dan sehingga ia menjadi kucing yang sihat serta cantik.

“Sekiranya mereka berminat menjaga kucing itu mereka boleh berbuat demikian dan ia salah satu mengurangkan jumlah kucing jalanan,” katanya.

Terdahulu Faizulniza ditemui pada pameran Eksplotasi Dunia Kucing yang berlangsung di Galeri Perbandaran Taiping hari hari ini.

Katanya pameran tersebut dianjurkan bagi pendedahan mengenai kepelbagaian baka-baka kucing dan mendedahkan kepada masyarakat tentang penjagaan kucing.

“Terdapat 10 baka yang berlainan kita bawa hari ini dan sebenarnya dunia kucing ini luas, kita ada lebih daripada 50 baka dan pada pameran ini hanya sebahagian,” katanya.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai rumah perlindungan, katanya pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah memberikan kerjasama yang baik bagi penyediaan lokasi rumah perlindungan tersebut di Taiping.

Bagaimanapun katanya lokasi masih belum ditentukan dan usaha tersebut masih dalam peringkat perbincangan serta dijangka bermula tahun hadapan.

“Banyak pihak meminta pihak Geli-geli kucing menyediakan rumah perlindungan untuk kucing jadi kami rasakan Taiping sesuai dijadikan lokasi tersebut supaya mudah orang ramai datang melihat sendiri kucing-kucing dan mengambil kucing tersebut menjadi sebahagian keluarga mereka,” katanya.

Katanya kerjasama dengan agensi besar dan berkaitan pasti dapat membantu bagi kos melibatakn penyediaan makanan dan perubatan kerana operasi rumah perlindungan tidak sepatutnya bergantung kepada sumbangan derma semata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");