Perak Hari Ini

Pendekatan Lama Bantu Komuniti Orang Asli Perlu Berubah-MB Perak

IPOH:Kerajaan negeri juga sentiasa komited untuk membangunkan komuniti Orang Asli di seluruh negeri Perak menerusi pendekatan yang berbeza.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sesi ucapan penggulungan  Bajet Negeri Perak 2019, Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ketiga Belas (DUN) Perak berkata sebanyak RM2 juta peruntukan bakal disalurkan untuk program aktiviti masyarakat dan program kecemerlangan murid Orang Asli.

“Saya ingin menegaskan bahawa kita perlu mengkaji pendekatan yang digunakan untuk membantu masyarakat Orang Asli. Ini adalah kerana, kaedah yang digunakan sejak 60 tahun yang lalu, tidak benar-benar berjaya mengubah kehidupan mereka selama ini.

“Atas faktor ini, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada usaha secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan melalui program kampung angkat melibatkan syarikat, badan berkanun dan pihak swasta,” katanya.

Malah tegasnya pendekatan lama perlu diubah mengikut keperluan masa kini serta diteruskan untuk memastikan kebajikan Orang Asli terpelihara.

“Syarikat GLC ini boleh diberikan ruang bergilir-gilir memasuki perkampungan orang Asli bagi memberikan perkhidmatan dan menjadikan seperti satu keluarga besar,” katanya

Ahmad Faizal sekali lagi memberi penjelasan berkaitan dengan kenyataan budaya meminta-minta yang tidak bermaksud untuk menghina Masyarakat Orang Asli.

“Budaya meminta sememangnya tidak digalakkan saya mengeluarkan kenyataan itu semasa merasmikan program masyarakat bersama pemimpin di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musuh LZ (Landing Zone) di Tapah.

“Jika mahu saya sediakan pancing tetapi mereka tidak mahu memancing tiada gunanya, saya mahu mereka memulakan dahulu pastinya kita akan membantu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");