Jenayah

Penganjur Himpunan #KeadilanBuatAdib Tidak Patuhi Syarat

IPOH: Polis sudah menerima notis dan permohonan permit daripada penganjur Himpunan #KeadilanBuatAdib yang dijadualkan berlangsung di Padang Ipoh, di sini, petang esok.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, bagaimanapun permohonan daripada penganjur itu tidak dapat diproses kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Menurutnya, permohonan itu tidak mematuhi teras Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) iaitu permohonan mestilah dibuat 10 hari sebelum penganjurannya.

“Polis ada menerima makluman perhimpunan dari pihak penganjur, walau bagaimanapun, pihak polis tidak dapat memproses makluman berkenaan kerana pihak penganjur tidak mematuhi teras Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

“Seksyen itu menyatakan pihak penganjur hendaklah memaklumkan perhimpunan 10 hari sebelum tarikh perhimpunan,” katanya ketika dihubungi pemberita NSTP di sini, hari ini.

Difahamkan, perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negeri ini akan berlangsung jam 2 petang dengan bertemakan pakaian hitam.

Ketika ditanya sama ada polis sudah berjumpa dengan penganjur perhimpunan itu dan adakah penganjur akan meneruskannya, Mohamad Nordin menjawab ringkas sudah berjumpa dan ia akan diteruskan penganjur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");