Sukan Hari Ini

Penyokong Mahu KFA Jelas Isu Akhyar

ALOR SETAR: Kelab penyokong bola sepak Kedah mahu pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menyatakan nilai tuntutan sebenar yang dipersetujui dalam penamatan kontrak pemain muda mereka Akhyar Rashid.

Menurut wakil jurucakap yang juga Presiden Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) Safarizal Mohd Sobri, KFA perlu tegas dan menyatakan jumlah yang dipersetujui untuk melepaskan Akhyar selepas persatuan itu tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM75,000 seperti diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

“Perkara ini wajar dinyatakan kerana ia akan menjelaskan hasrat serta kedudukan KFA sebagai majikan dan persatuan profesional yang mengasuh dan membimbing Akhyar sehingga bergelar antara pemain bernilai negara buat masa ini,” kata Safarizal,sebagaiman dilaporkan BH Online.

“Kalau KFA mahu pampasan tinggi, kami harap KFA maklumkan sahaja berapakah nilai yang dimahukan kerana penyokong juga berhak tahu jumlah yang diletakkan itu memandangkan isu ini menjadi semakin panas.

“KFA mempunyai hak untuk berasa tidak puas hati dan sebagai majikan kepada Akhyar, biarlah penyokong turut dimaklumkan mengenai tuntutan berkenaan agar tidak timbul salah faham.”

Berkaitan status Akhyar yang dikatakan sebagai ejen bebas oleh media rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, pihak terbabit seperti KFA atau FAM juga perlu jelaskan segera kedudukan sebenar pemain itu.

“Adakah Akhyar sudah membayar wang pampasan berkenaan sehingga dia bergelar ejen bebas? Jika benar dia sudah menjadi ejen bebas, pihak yang terbabit perlu mengumumkan perkara berkenaan termasuk penyelesaian pembayaran yang ‘membebaskannya’ dari KFA.

“Kami sangat berharap pihak Akhyar juga dapat menjaga nama baik KFA selaku majikanya kerana KFA sendiri memberi peluang kepadanya masuk secara elok, maka jika mahu keluar pun buatlah cara yang elok,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");