Sukan Hari Ini

Penyokong United Desak Mourinho Letak Jawatan

MANCHESTER United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Southampton 2-2 tetapi persembahan anak buah Jose Mourinho ternyata mengecewakan penyokong pasukan itu.

Rata-rata penyokong Red Devils sudah hilang sabar dengan taktik Mourinho.

Malah ada yang bersuara secara terbuka mendesak Mourinho agar dipecat.

Keputusan Mourinho meletakkan Nemanja Matic dan Scott McTominay di benteng pertahanan dikecam hebat penyokongnya.

Dengan keputusan seri itu, United ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Sementara itu, Mourinho turut kecewa dengan prestasi pemain tengahnya pada perlawanan tersebut.

Mourinho terpaksa menurunkan Matic dan McTominay di bahagian pertahanan untuk bergandingan dengan Phil Jones selepas beberapa pemain pertahanannya dibelenggu kecederaaan.

Namun dia tidak berpuas hati dengan persembahan Paul Pogba yang gagal mempamerkan aksi luar biasanya pada babak kedua.

United bangkit meledak dua gol menerusi jaringan Romelu Lukaku dan Ander Herrera namun ia masih belum memuaskan hati Mourinho.

“Saya fikir kami kehilangan banyak bola di bahagian tengah. Jadi sukar untuk pemain meneruskan rentak permainan yang baik. Saya fikir itu satu-satunya sebab kita tidak menang,” katanya. – asia.eurosports.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");