Perak Hari Ini

Perbadanan Sukan Negeri Akan Bantu Komersial Agenda Sukan

IPOH:Perbadanan sukan Negeri Perak selaku pegawal selia akan membantu memberi nilai komersial selai menguruskan infrastruktur sukan dengan lebih baik tanpa perlu bergantung keseluruhannya kepada peruntukan Kerajaan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How berkata selepas kejayaan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang lalu pihak kerajaan negeri akan memastikan penjanaan dan pengurusan infrastruktur sukan yang telah disediakan hampir RM165 juta tidak disia-siakan begitu sahaja.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan diajukan oleh Adun Aulong Nga Kor Ming pada Persidangan keempat Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang Keempat Belas Perak hari ini.

Katanya melalui perbadanan terdapat tugas khas disediakan kelak bagi mengurus penajaan sukan,pemasaran,khimdat guaman serta peningkatan kempen sedaran gaya hidup bersukan.

“Hasrat bagi menubuhkan perbadanan sukan di negeri ini akan memainkan peranan seperti perbadanan stadium dan kita mengetahui masalah dihadapi dengan pentadbiran sukan adalah dana.

“Perbadanan sukan ada perancangan dalam dua atau tiga tahun bakal mewujudkan mekanisme penjanaan dan pengurusan pendapatan yang dapat berdiri sendiri melalui peruntukan kerajaan dalam pembangunan sukan,” katanya.

Katanya melalui pengurusan yang cekap pastinya akan membantu kerajaan negeri membawa agenda sukan sebagai satu agenda ekonomi serta memberi sumbangan ekonomi buat anak-anak Perak.

“Adalah menjadi hasrat dan dasar daripada perbadanan sukan untuk meringankan bebanan kos dan tenaga kerja bagi penyelenggaran venue sukan daripada pihak berkuasa tempatan (pbt).

“Penyelengaraan venue sukan amat berat dan jika kita boleh berdiri sendiri bagi menguruskan venue sukan pastinya dapat mengurangkan beban kos kepada pihak pbt serta melalui komersial sukan kelak akan membantu kerajaan negeri untuk memajukan pembangunan sukan sebagai destinasi sukan antarabangsa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");