Berita Hari Ini

Perbanyakkan Kelas Silat Di Peringkat Sekolah – Nurul Izzah

BUKIT MERTAJAM: Kelas latihan seni silat perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain untuk memelihara warisan dan jati diri bangsa Melayu, kata Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata pihaknya kini dalam usaha untuk melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi membantu pihak berkaitan memperkenalkan seni silat kepada generasi muda di peringkat sekolah.

“Melalui keterlibatan agensi-agensi kerajaan khususnya dari Kementerian Belia dan Sukan termasuk Majlis Sukan Negara, ia diharap dapat melahirkan kesedaran bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah masyarakat dunia.

“Agar (mereka) mengetahui silat ini merupakan seni pertahanan diri yang merupakan khazanah Malaysia yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Demonstrasi Seni Silat di Sekolah Kebangsaan Penanti, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Dr Norlela Ariffin.

Nurul Izzah berkata pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan sijil-sijil akreditasi untuk mengiktiraf seni silat itu sekaligus membolehkan mereka meneruskan aktiviti tanpa berlaku sebarang masalah.

“Jika diizinkan dalam ruang lingkup yang kita ada, kita akan bantu kerana kita mahu lahirkan satu gerakan di mana kita menghargai khazanah dan menjadikan proses pembelajaran seni silat itu mudah.

“Saya fikir di samping mahukan pembangunan dan pendidikan secara akademik, ia juga harus lahir secara holistik dan kita nak pastikan ia bukanlah opsyen yang berat kerana kita nak seni ini terus berkembang dan terpelihara,” katanya lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");