Membawang Hari Ini

Pereka Fesyen Ambil Masa 3,720 Jam Siapkan Lahenga Merah Prinyanka Chopra

BUSANA pengantin aktres sensasi Priyanka Chopra yang melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Nick Jonas gah di seluruh dunia.

Pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan dalam dua upacara keagamaan mengayakan persalinan hasil kreativiti pereka fesyen Ralph Lauren, manakala bagi upacara agama Hindu pada Isnin lalu Prinyanka menggunakan khidmat Sabyasachi Mukherjee.

Sama seperti gaun rekaan Ralph Lauren yang direka khas untuk aktres terkenal itu, pakaian pengantin tradisional masyarakat India iaitu lahenga yang digayakan pada majlis perkahwinan di Istana Umaid Bhavan juga dihasilkan istimewa buat pelakon terkenal itu.

Pereka fesyen Sabya yang berasal dari Kalkuta itu menggunakan kain dan benang sutera merah tanpa hiasan warna lain atas permintaan Prinyanka.

“Sejak awal aku mahu lahenga pernikahanku akan berwarna merah dan Sabya membawa sulaman Perancis yang digabungkan dengan perhiasan ala Barat dan veil.

“Ia gabungan yang sangat cantik,” ujar Priyanka kepada majalah People.com.

Hiasan gaun lahenga itu juga diselitkan dengan bunga organza dan French knots yang cantik.

Seramai 110 pekerja ditugaskan untuk memasang bunga dan sulaman Perancis pada gaun tersebut.

Kesemua pekerja wanita berasal dari Kalkulta bagi memastikan pemasangan tersebut dilakukan dengan teliti.

Pereka fesyen itu turut memaklumkan bahawa dia mengambil masa 3,720 jam atau kira-kira lima bulan untuk menyiapkan sepenuhnya gaun tersebut.

Ia bukan satu perkara mudah bagi Sabya kerana dalam masa yang sama dia perlu menyiapkan baju pernikahan pelakon Deepika Padukone.

Lebih istimewa Prinyanka turut meminta nama lengkap suami dan dua orang tuanya iaitu Madhu dan Ashok Chopra pada lahenga itu.

Ukiran nama itu disulam dengan huruf Hindi pada bahagian pinggang lapor mstar online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");