Perak Hari Ini

PERKESO Beri Sumbangan Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran

MENGLEMBU- Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 sebagai bayaran pengurusan jenazah dan bakal menyerahkan bayaran bulanan kepada waris mangsa mengikut bayaran yang dibayar oleh pihak majikan.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 atau Akta 350 akan digubal semula iaitu dengan menguatkuasakan kadar baharu umur berkerja iaitu umur minimum adalah 16 tahun dan keatas.

“Akta baharu ini telah diluluskan dibawah pindaan Dewan Rakyat tetapi bakal diluluskan pada 19 Desember ini oleh Dewan Negara dimana diseragamkan dengan kehendak International Labour Organization (ILO).

“Berdasarkan kepada akta baharu ini, jika majikan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja, maka tindakan tegas akan diambil dibawah seksyen 93 Akta Keselamatan Sosial Pekerja.

”Dibawah akta baharu ini, kadar umur menjadi garis panduan dalam pengambilan pekerja tidak kira sama ada berkerja secara sepenuh masa, kontrak mahupun berkerja separuh masa,”katanya dalam satu sidang media semasa penyerahan sumbangan kepada waris kebakaran di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Eksetutif PERKESO, Datuk Sri Dr. Azman Aziz Mohamed.

Dalam pada itu, Kula Segaran turut mengulas, PERKESO merupakan agensi yang membantu tanpa menunggu orang berinsuran atau waris datang ke pejabat, malahan pihak mereka akan datang terus ke kediaman mangsa untuk menyerahkan sumbangan.

“Jika seseorang tidak dilindungi oleh PERKESO seperti kejadian ini, PERKESO bertanggungjawab tetap akan membayar pampasan kerana berikut adalah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Namun begitu, kami menggalakkan anak-anak untuk bekerja dengan ibu bapa malahan menggalakkan anak-anak untuk membantu ibubapa kerana tidak ada kesalahan dari segi undang-undang,”katanya

Beliau turut mengulas ekoran kejadian tersebut, dimana tindakan tegas bakal diambil kepada pihak majikan dan pihak yang melanggar akta tersebut.

 

Dalam pada itu, Azman Aziz turut mengulas yang mana dibawah akta PERKESO, majikan boleh diambil tindakan untuk membayar apa-apa pampasan yang perlu dibayar kepada waris.

“Namun, kami akan mengkaji semula dari segi perundang kerana pekerja tidak didaftar dan tidak dicarum sama seperti kemalangan ini kerana ia merupakan syarat yang teah ditetapkan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");