Berita Hari Ini

Petisyen Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Ditandatangani 279,156 Orang

KUALA LUMPUR: Petisyen mendesak Senator P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini ditandatangani lebih 279,156 orang setakat jam 4 petang ini.

Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan bulan lalu atas beberapa faktor dan digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Menurut GPS, antara lain ia berikutan tindakan Waytha Moorthy yang memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat negara ini yang beragama Hindu ditindas.

Pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), yang turut berkeras mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), gagal mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini walaupun diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri serta mempunyai latar belakang yang agak kontroversi.

Difahamkan, GPS dalam kenyataan di Facebook sebelum ini, mensasarkan untuk mencapai 300,000 tandatangan.

“Ayuh terus viralkan petisyen ini sehingga beliau tumbang. Tiada kemaafan kepada beliau sehingga beliau dipecat dan dibuang kerakyatan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini berkata rakyat boleh membuat petisyen, tapi ia bukan satu arahan untuk Waytha Moorthy meletak jawatan.

Beliau berkata, Waytha Moorthy perlu diberi peluang kerana pemimpin itu baru memulakan tugas sebagai menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");