Panasnya Hari Ini

PKR Perak Sedia Terima Pemimpin, Ahli UMNO

PARIT BUNTAR: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bersedia menerima dan mengalu-alukan mana-mana pemimpin atau ahli UMNO yang ingin menyertai parti itu.

Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan prinsip demokrasi dan bersikap terbuka terhadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk menyertai mana-mana parti PH.

“PKR Perak tiada halangan dan bersedia menerima mereka ini untuk sama-sama memperkukuhkan lagi PKR dan PH.

“Namun jangan jadikan penghijrahan ini sebagai ‘lesen’ untuk melepaskan diri dari sebarang kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Jika penghijrahan mereka atas dasar kepentingan negara dan rakyat, kami di sini (PKR Perak) amat mengalu-alukan dan bersikap terbuka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua (ahli UMNO) yang ingin menyertai PKR Perak bagaimanapun harus menerima budaya politik baru dalam PH yang mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat tanpa pilih kasih.

Katanya, senario penghijrahan ramai ahli UMNO sememangnya sudah dijangka susulan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

“Perkara ini bukanlah satu yang luar biasa kerana mereka sudah lama dalam kerajaan dan tidak biasa menjadi pembangkang yang berdepan pelbagai cabaran dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Justeru mereka terpaksa mencari haluan baru dan salah satunya adalah menyertai kerajaan baru,” katanya.

Abdul Yunus berkata, beliau bagaimanapun berpendapat alasan ingin menyertai PH kerana sukar memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa dana mencukupi adalah tidak boleh diterima.

“Jika kami dahulu menjadi pembangkang selama berpuluh tahun dan memberi perkhidmatan kepada rakyat sekadar yang termampu, kenapa mereka (UMNO) tidak boleh?

“Sebagai negara maju kita juga perlukan pembangkang yang kuat, berilmu dan bertanggungjawab agar dapat bersama-sama kerajaan dalam memastikan haluan negara berada pada landasan yang betul,” katanya kepada pemberita Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");